Kapal tangki minyak Iran diserang

Sebuah kapal tangki minyak Iran dilaporkan terkena serangan misil. - Foto IRB NEWS
Sebuah kapal tangki minyak Iran dilaporkan terkena serangan misil. - Foto IRB NEWS
A
A
A

TEHERAN - Sebuah kapal tangki minyak Iran dilaporkan terkena serangan misil berhampiran pelabuhan Jeddah, Arab Saudi hari ini menyebabkan tumpahan minyak di Laut Merah, kata pemilik kapal berkenaan.

Menurut kenyataan Syarikat Tangki Kebangsaan Iran (NITC), bahagian badan kapal Sabiti terkena dua letupan berasingan kira-kira 100 kilometer di pesisir pantai Arab.

Difahamkan letupan berkemungkinan berlaku disebabkan serangan misil.

"Kesemua anak kapal selamat dan kapal juga berada dalam keadaan stabil," kata NITC sambil menambah anak kapal sedang cuba membaiki kerosakan yang dialami.- AFP

Artikel Berkaitan: