Cikgu cantik curi tumpuan murid

Nor Shahifa memberikan buku latihan Bahasa Inggeris kepada murid tahun satu, sewaktu sesi pembelajaran bermula.
Nor Shahifa memberikan buku latihan Bahasa Inggeris kepada murid tahun satu, sewaktu sesi pembelajaran bermula.
A
A
A

KUANTAN- Penampilan yang kemas dan menarik guru wanita berdarah kacukan Arab dan Siam di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Isap mampu mencuri tumpuan murid terutamanya tahun satu.

Guru Bahasa Inggeris sekolah itu, Nor Shahifa Norlan, 26, berkata, dia tidak menyangka pesonaliti dan kelebihan yang dimilikinya membuatkan murid menyukainya.

Beliau yang dipertanggungjawab sebagai guru penyelaras tahun satu itu mengakui sedikit sibuk pada hari pertama pendaftaran persekolahan.

“Sudah tiga tahun saya menguruskan murid tahun satu dan ia sedikit mencabar kerana mereka memerlukan perhatian khusus.

“Tapi, saya tetap gembira melayan telatah mereka dan cuba yang terbaik untuk menguruskan mereka terutama pada hari pertama persekolahan,” katanya ketika ditemui di SK Sungai Isap, hari ini.

Lebih mesra disapa Miss Ifa, beliau memakai baju kurung merah jambu dan mengenakan solekan sederhana menyerlah lagi penampilannya sebagai wanita Muslimah dan juga seorang guru sewaktu sesi pembelajaran bermula.

Malah ada segelintir murid, tidak berkelip memandang guru terbabit yang sibuk mengajar dan memberikan buku latihan kepada mereka.

Jelasnya, beliau sudah tiga tahun dalam dunia pendidikan mengakui tugas hakiki sebagai seorang pendidik begitu mencabar. Malah memerlukan daya komunikasi yang baik dengan pelajar.

Artikel Berkaitan:

“Terus terang saya cakap.. banyak cabarannya antaranya menguruskan murid terutama tahun satu. Nak urus mereka memerlukan kesabaran tinggi.

“Selain itu, kemahiran psikologi untuk memastikan mereka terus kekal mengikuti arahan yang diberikan,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Shahifa memberitahu, profesion guru semakin hari semakin mencabar, memerlukan kesabaran tinggi buat pendidik.

“Jadi kami perlu tempuhi bagi memastikan generasi muda mendapat pendidikan yang berkualiti,” katanya.