Lolos sekatan polis, dua beradik diburu

Mohd Zani menunjukkan gambar dua beradik iaitu S K Navin Kumar, 22 dan S K Danesh Kumar, 21 yang diburu polis kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
Mohd Zani menunjukkan gambar dua beradik iaitu S K Navin Kumar, 22 dan S K Danesh Kumar, 21 yang diburu polis kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis memburu dua beradik yang berjaya meloloskan diri dari sekatan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

Kedua-dua lelaki yang menaiki Perodua Myvi itu dikesan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dalam operasi di Taman Desaria, Sungai Way di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Kominsioner Mohd Zani Che Din berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, polis bertindak mengekori kenderaan terbabit hingga ke Bandar Sunway, Subang Jaya.

"Polis kemudian berjaya menghalang di bahagian hadapan kenderaan terbabit. Anggota operasi kemudian menghampiri kenderaan itu dan memperkenalkan diri sebagai polis.

"Bagaimanapun, pemandu terbabit bertindak agresif dengan mengundurkan kenderaannya hingga melanggar beberapa kenderaan awam," katanya pada sidang akhbar di IPD Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata, seorang anggota mengalami kecederaan selepas dilanggar kenderaan yang dipandu suspek.

Katanya, pada masa sama, empat das tembakan dilepaskan oleh anggota operasi ke arah tayar kenderaan namun kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri dengan melanggar beberapa kenderaan di tepi jalan.

"Semakan mendapati Perodua Myvi bewarna putih itu menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang mempungai maklumat tentang individu terbabit iaitu S K Navin Kumar, 22 (kanan) dan S K Danesh Kumar, 21 untuk salurkan maklumat kepada polis bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.