Buta boleh dicegah lebih awal

DR Boon Chye (kanan) ketika melawat pameran berkaitan mata.
A
A

KADANGKALA kita berasa terlalu cepat putus harapan atau leka mengabaikan aspek penjagaan kesihatan. Sedangkan tahukah anda, 80 peratus kes hilang penglihatan (buta) boleh dicegah lebih awal atau boleh dirawat?

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkongsi, penyakit tertentu seperti kencing manis, glaukoma dan katarak boleh menyebabkan hilang penglihatan, pun begitu boleh dicegah jika mendapat rawatan awal.

"Nasihat saya kepada rakyat Malaysia yang berisiko tinggi supaya mendapatkan nasihat dan rawatan dari doktor bagi mengelakkan masalah hilang penglihatan.

"Rakyat Malaysia juga perlu tahu membezakan antara oftalmologis (pakar kesihatan mata) optomestris dan optician," katanya ketika mengulas lanjut.

Beliau sebelum itu merasmikan World Sight Day Lecture Series 2019 di Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Difahamkan, itu kali pertama pakar penjagaan mata profesional daripada pelbagai latar belakang berkumpul menyampaikan perkongsian perkhidmatan penjagaan mata di Malaysia.

Ia dianjurkan Persatuan Optometri Malaysia, Kolej Oftalmologi, Akademi Perubatan Malaysia, Majlis Optik Malaysia, Persatuan Oftalmologi Malaysia, Jabatan Oftalmologi Hospital Canselor Tuanku Mukriz Muhriz UKM dan Revon Media.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia