Presiden Uzbek meterai undang-undang, pemilihan presiden lebih awal

Shavkat Mirziyoyev - Foto AFP
Shavkat Mirziyoyev - Foto AFP
A
A
A

TASHKENT - Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev menandatangani undang-undang perlembagaan yang membolehkan ketua negara mengumumkan pilihan raya presiden lebih awal, yang mesti diadakan dalam tempoh dua bulan selepas pengumuman itu, lapor Sputnik.

Pada April, parlimen Uzbekistan menerima pakai undang-undang itu yang kemudiannya diluluskan oleh dewan perundangan. Undang-undang itu berkuat kuasa sejurus selepas diwartakan pada Isnin.

"Berdasarkan undang-undang itu yang diwartakan dalam pangkalan data undang-undang nasional Lex.uz pada Isnin, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh dua bulan jika presiden Uzbekistan menetapkan tarikh pemilihan presiden lebih awal.

Kod Pilihan Raya negara itu sebelum ini memperuntukkan tarikh pilihan raya presiden awal hanya sekiranya penyandang presiden Uzbekistan tidak dapat menunaikan tugas dalam tempoh tiga bulan.

Dalam tempoh ini, kuasa presiden dipindahkan kepada pengerusi dewan negara Uzbekistan. - Bernama-Sputnik