Inisiatif Malaysia@Kerja wujud 350,000 peluang pekerjaan

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berucap pada pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini. - Foto ZAHID IZZANI
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berucap pada pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini. - Foto ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6.5 bilion bagi inisiatif Malaysian@Kerja untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada belia dan wanita dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, program itu dijangka mewujudkan tambahan peluang pekerjaan sebanyak 350,000 untuk rakyat di negara ini.

Menurutnya, Malaysia@Kerja dibahagikan kepada empat program iaitu Graduan@Kerja, Wanita@Kerja, Watan@Kerja dan Perantis@Kerja.

"Program ini akan diuruskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan insentif gaji tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP kecuali bagi program Perantis@Kerja.

"Inisiatif ini juga akan diintegrasikan dengan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) serta program pasaran buruh aktif yang lain," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, langkah ini selaras dengan usaha untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.

"Program ini dijangka dapat mengurangkan kebergantungan kepada seramai 130,000 orang pekerja asing.

"Kerajaan percaya menerusi program Malaysia@Kerja, warga Malaysia yang menganggur akan menguasai kemahiran dan kecekapan diperlukan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan dengan syarikat yang relevan serta peratusan pengekalan pekerja selepas tempoh dua tahun insentif tamat," katanya.

Artikel Berkaitan: