RON97 naik tujuh sen, harga RON95 kekal

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Penggunaan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) menyaksikan harga runcit petrol RON97 naik sebanyak tujuh sen seliter iaitu daripada RM2.60 seliter kepada RM2.67 seliter

Kementerian Kewangan Malaysia melalui kenyataan media berkata, daripada kenaikan berkenaan harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter.

Harga runcit bagi produk Diesel pula kekal pada paras RM2.18 seliter.

"Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.37 seliter dan RM2.27 seliter masing-masing," katanya.

Ini menunjukkan kenaikan sejak minggu lalu harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.30 seliter manakala penurunan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.34 seliter.

Kenyataan media berkenaan turut menyebut, harga runcit bagi kedua-dua produk petrol dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Perkara berkenaan diharap selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan bagi tempoh 12 Oktober 2019 sehingga 18 Oktober 2019 adalah berjumlah RM112.64 juta.

Artikel Berkaitan: