Sultan Nazrin sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah (kiri) berkenan menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada Megat Aznir Megat Said pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam peringkat negeri di Institut Tadbiran Islam Perak hari ini. --fotoBERNAMA
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah (kiri) berkenan menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada Megat Aznir Megat Said pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam peringkat negeri di Institut Tadbiran Islam Perak hari ini. --fotoBERNAMA
A
A
A

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam peringkat negeri Perak tahun 2019 di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) di sini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Datin Seri Nomee Ashikin Mohammed Radzi; Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.

Pada penganjuran majlis kali kelapan itu, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan 29 anugerah kecemerlangan membabitkan 106 penerima.

Anugerah berkenaan melibatkan 57 penerima bagi kategori kecemerlangan peringkat pendidikan termasuk Sekolah Rendah Agama Rakyat dan Sekolah Menengah Agama Negeri.

Sementara 49 orang lagi merupakan penerima Sijil Pengajian Masjid.

Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan tiga anugerah utama kepada tiga tokoh guru bagi Anugerah Jasamu Dikenang 2019 dan satu Anugerah Tokoh Guru 2019.

Tahun ini, Anugerah Jasamu Dikenang dianugerahkan kepada dua bekas guru Sekolah Izzuddin Shah, Rogayah Kassim dan Megat Aznir Megat Said.

Artikel Berkaitan:

Anugerah Tokoh Guru pula diberikan kepada Abdul Hamid Mohamed yang pernah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Agama Bantuan (SABK) Al Falah di Tanjung Piandang selama 40 tahun.