Gembira terima kerusi roda pemberian Raja Muda Perlis

Tuanku Syed Faizuddin menyumbangkan kerusi roda untuk kemudahan Kamaruzzaman.
Tuanku Syed Faizuddin menyumbangkan kerusi roda untuk kemudahan Kamaruzzaman.
A
A
A

KANGAR - Pesakit kencing manis, Kamaruzzaman Abdul Karim, 54, gembira menerima kunjungan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mencemar duli melawat kediamannya di Batu 4, Titi Serong Jalan Kuala Perlis baru-baru ini.

Kamaruzzaman menghidap penyakit itu sejak beberapa tahun lalu mengakibatkan kaki kanannya dipotong.

Katanya, sumbangan sebuah kerusi roda daripada Tuanku Syed Faizuddin memberikan sinar baharu buat dirinya yang sudah lama tidak mampu bergerak keluar rumah.

"Saya sangat bersyukur atas pemberian ini dan berharap sumbangan ini akan memudahkan pergerakan seharian saya," katanya.

Tuanku Syed Faizuddin diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idrus Al-Habshee.

Artikel Berkaitan: