Ahmad Said terima gelaran Doktor

AHMAD SAID
AHMAD SAID
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bakal menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan dan Pentadbiran) yang membawa gelaran Doktor sempena Majlis Konvokesyen Universiti College Bestari (UCB) kali ke-6 yang akan berlangsung pada 12 Oktober ini di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI).

Pengerusi Lembaga Pengelola UCB, Profesor Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor berkata, penyampaian ijazah kehormat kepada bekas Menteri Besar Terengganu itu menjadi sejarah baharu sempena majlis konvokesyen itu nanti.

"Senat universiti bersetuju menyampaikan anugerah ini kepada bekas Menteri Besar Terengganu yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal berdasarkan kecemerlangan bidang pengurusan dan pentadbiran ketika beliau menjadi ketua kerajaan Terengganu.

"Kecaknaan beliau terhadap kebajikan anak-anak yatim di negeri ini dan di seluruh Malaysia serta bantuan bagi menjayakan wakaf UCB serta kerjasama yang baik diberikan bagi memartabatkan UCB sebagai sebuah universiti di Terengganu melayakkan beliau menerima anugerah itu," katanya pada sidang media semalam.

Seramai 466 graduan terdiri daripada tujuh graduan daripada program ijazah sarjana, ijazah sarjana muda (237), diploma (187) dan 35 daripada program asasi akan diraikan sempena majlis konvokesyen itu nanti.

UCB ialah universiti berkonsepkan wakaf milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang beroperasi di Bandar Permaisuri, Setiu.

Universiti itu dijangka akan dinaik taraf menjadi universiti penuh pada hujung 2019 atau awal Januari 2020.

Artikel Berkaitan: