Polis cari Eno bantu siasatan kes bunuh

Polis mengesan lelaki ini bagi membantu siasatan kes bunuh warga emas di pangsapuri PKNS, Ampang Jaya pada 19 September lalu.
Polis mengesan lelaki ini bagi membantu siasatan kes bunuh warga emas di pangsapuri PKNS, Ampang Jaya pada 19 September lalu.
A
A
A

AMPANG - Polis telah mengenal pasti seorang lelaki untuk membantu siasatan berhubung kes seorang warga emas ditemui mati dengan kedua tangannya diikat di pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Ampang Jaya pada 19 September lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai K Sathiaraj, 27, atau nama gelaran Eno.

“Sathiaraj ini kerap berpindah-randah, alamat terakhirnya adalah di Taman Tasik Tambahan di sini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya semalam.

Noor Azmi berkata, pihaknya turut menemui bukti baharu di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, wanita yang berusia 84 tahun itu dijumpai dalam keadaan tertiarap dan kepalanya turut ditutup dengan kain oleh anak keduanya yang pulang dari bekerja.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan A Wiswanathan di talian 012-3198918.

Artikel Berkaitan: