MH17: Australia, Belanda komited tegak keadilan

Morrison (kanan) dan Rutte ketika sidang media bersama di Sydney hari ini. - Foto AFP
Morrison (kanan) dan Rutte ketika sidang media bersama di Sydney hari ini. - Foto AFP
A
A
A

SYDNEY - Australia dan Belanda akan meneruskan pendakwaan jenayah terhadap individu yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 milik Malaysia Airlines (MAS) hingga mengorbankan 298 orang lima tahun lalu.

Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri sebelum mahkamah menutup kes tersebut dan sehingga keadilan ditegakkan.

"Kami akan berganding bahu dan terus berusaha menegakkan keadilan meskipun ia mengambil masa yang lama," jelas Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dalam satu sidang media bersama rakan sejawatannya, Rutte hari ini.

Pada 17 Julai 2014 MH17 ditembak jatuh di ruang udara timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan meragut nyawa semua penumpang serta anak kapal.

Jun lalu Pasukan Penyiasat Bersama Antarabangsa (JIT) mengenal pasti empat suspek terdiri daripada tiga rakyat Rusia dan seorang warga Ukraine sebagai perancang utama nahas berkenaan.

Menerusi penyiasatan bersama yang dibentuk Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine turut mendapati pesawat terbabit ditembak oleh peluru berpandu Rusia.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Rusia nafi terlibat dan mendakwa siasatan itu bertujuan untuk memburukkan reputasi Moscow. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: MH17: Kerajaan akan terus cari keadilan bagi mangsa

Artikel Berkaitan: