Sacco kekalkan momentum blazer mutu tinggi

SACCO menyediakan 12 rona warna menakjubkan untuk dipilih.
A
A

SACCO terus mengekalkan momentumnya apabila menghasilkan blazer bermutu tinggi.

Sacco sebenarnya bermaksud blazer dalam bahasa Jerman dan dalam bahasa Itali memberi pengertian 'banyak sekali'.

Jenama itu semakin menjadi sebutan apabila koleksi sulungnya yang dinamakan 'Colori' Di Napoli' mula diperkenalkan di Singapura kemudian disusuli di Tokyo, Kobe dan Nagoya di Jepun.

Sacco dalam satu kenyataan berkata, jenama dari Singapura yang berada dalam kelas tersendiri itu sentiasa percaya kepada konsep less is more.

Seperti yang dikatakan oleh pengasasnya, Alexander Hascher, blazer label itu tidak terlalu slim dan tidak terlalu longgar.

Pendek kata, ia berpadanan dengan struktur tubuh seorang lelaki.

JANGAN tidak percaya, blazer daripada jenama Sacco turut digemari golongan wanita.
JANGAN tidak percaya, blazer daripada jenama Sacco turut digemari golongan wanita.

"Sekiranya seseorang sedang mengembara, si pemakai akan masih kelihatan bergaya dan selesa," kata kenyataan itu.

Blazer Sacco diperbuat menggunakan kain hopsack dari kilang tertua di Itali, Vitale Barberis Canonico. Hopsack merupaka cara menenun serat yang menghasilkan kain yang tahan lasak.

Perincian Pada koleksi terbaharu, terdapat 12 rona warna yang menakjubkan yang diilhamkan daripada (warna-warna) dari Pulau Procida, Teluk Naples.

Antaranya ialah biru laut klasik, hitam dan kelabu, emas, merah jambu dan warna langit biru.

Kesemuanya sesuai ditampilkan dalam apa sekalipun suasana.

Sacco pada masa sama, memberi perhatian kepada perincian terutama pada butang blazer.

Butang pada jaket berkenaan begitu mampan apabila menggunakan butang corozo semula jadi.

Berkenaan dengan rekaan pada poket luar jaket, ia didesain dengan bentuk bawah melengkung dengan sudut tepat 90 darjah.

"Ketepatan itu adalah luar biasa dalam pakaian lelaki, tetapi ia telah menjadi signatur unik untuk Sacco," kata kenyataan itu lagi.

BUTIK Sacco yang terletak di Singapura.
BUTIK Sacco yang terletak di Singapura.