Ter Stegen mahu rampas tempat Neuer

Ter Stegen (kiri) sebelum ini dilaporkan pernah bertelagah dengan Neuer (kanan).
Ter Stegen (kiri) sebelum ini dilaporkan pernah bertelagah dengan Neuer (kanan).
A
A
A

PENJAGA gol simpanan Jerman, Marc Andre ter Stegen tekad mahu merampas posisi penjaga gol utama skuad Die Mannschaft itu yang kini menjadi milik Manuel Neuer.

Ter Stegen yang kini menjadi penjaga gol utama kelab gergasi Sepanyol, Barcelona percaya dirinya lebih layak untuk menjadi penjaga gol utama Jerman.

Penjaga gol berusia 27 tahun itu berkemungkinan diturunkan dalam perlawanan persahabatan menentang Argentina awal pagi esok dan menentang Estonia dalam saingan kelayakan Euro 2020 minggu depan.

"Ini adalah kesempatan untuk saya menunjukkan kebolehan sebagai penjaga gol Jerman. Ini adalah perlawanan kompetitif dan pada ketika ini semua orang akan nampak kemampuan saya.

"Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Neuer dan kami tidak pernah bergaduh. Ini berkaitan karier dan kami berdua perlu profesional dalam perkara ini.

"Dia memang masih pilihan utama dan saya perlu membuktikan yang saya juga layak. Saya akan memberikan segalanya untuk memastikan saya adalah pilihan utama," katanya.

Ter Stegen dan Neuer sebelum ini dilaporkan bertelagah mengenai posisi penjaga gol utama dalam skuad Jerman itu selepas prestasi Neuer bersama Bayern Munich kurang konsisten.

Prestasi kurang baik Neuer itu sekali gus menyebabkan peminat mendesak tempat selaku penjaga gol utama Jerman diberikan kepada Ter Stegen.

Artikel Berkaitan:

Ter Stegen menjalani debutnya bersama Jerman pada Mei 2012 dan hanya sekadar membuat 22 penampilan sehingga kini.