X

Kindly register in order to view this article
!

Liverpool ‘talian hayat’ Solskjaer

SOLSKJAER
A
A

Masa depan pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer di Old Trafford semakin tidak menentu selepas The Red Devils menduduki tangga ke-12 Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.

Kekalahan 0-1 kepada Newcastle United di St James Park Ahad lalu menambah lagi tekanan kepada pengendali dari Norway itu apabila United sekadar merekodkan sembilan mata hasil dua kemenangan, tiga seri dan tiga kekalahan.

Kini nasib pengendali berusia 46 tahun itu hanya bergantung kepada ‘talian hayat’ menjelang aksi menentang pendahulu liga, Liverpool di Old Trafford pada 20 Oktober ini yang diharapkan mampu mengubah situasi kelab berkenaan.

Namun, kekalahan kepada The Magpies - kelab bawahan liga kendalian Steve Bruce dilapor menimbulkan perasaan kurang senang kepada Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward yang mula hilang sabar dengan prestasi semasa The Red Devils.

Bagaimanapun, bekas pemain Arsenal, Paul Merson menegaskan Woodward perlu menyediakan dana kira-kira £700 juta kepada pengendali baharu jika Solskjaer melepaskan jawatannya bagi membolehkan kelab gergasi itu kembali menjadi kuasa bola sepak Inggeris seperti ketika era Sir Alex Ferguson.

“Siapa yang akan berani menyahut cabaran mengembalikan semula kelab berprestij seperti Manchester United ke landasan kejuaraan seperti sebelum ini.

“Sekiranya bekas pengendali Juventus, Massimiliano Allegri datang (ke Old Trafford) dengan bajet £700 juta, Manchester United masih memerlukan sekurang-kurangnya tujuh pemain baharu,” katanya.

Merson memberitahu, keutamaan United ketika ini adalah untuk mencari pengganti dua penyerang - Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez yang dilihat memberi kesan kepada prestasi The Red Devils.

“Manchester United juga perlu mencari beberapa pemain baharu bagi memperkuatkan bahagian tengah dan beberapa posisi lain,” jelasnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!