Mustapha terima anugerah khas tokoh NGO antarabangsa

Mustapha (kanan) menerima sijil penghargaan daripada Yusof (tengah).
Mustapha (kanan) menerima sijil penghargaan daripada Yusof (tengah).
A
A
A

KEMBOJA - Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Merican menerima Anugerah Khas Tokoh NGO Antarabangsa daripada penduduk Kampung Pak Phou Steam, di sini, .

Pengiktirafan yang diterima daripada kampung yang terdiri daripada masyarakat Islam terbesar itu adalah bagi menghargai sumbangan beliau sejak 1999 sehingga kini.

Antara sumbangan yang diberikan oleh Mustapha yang bergerak secara solo dari Malaysia dengan kerjasama NGO tempatan termasuklah kejayaan membina lima buah masjid, tiga sekolah tahfiz dan telaga.

Mustapha (lima dari kiri) bergambar bersama waking-wakil penduduk kampung berdekatan.
Mustapha (lima dari kiri) bergambar bersama waking-wakil penduduk kampung berdekatan.

Mustapha dalam satu kenyataan menyifatkan penghargaan yang diberikan itu merupakan satu penghormatan besar buat dirinya yang bergerak secara solo dari Malaysia hampir 20 tahun lalu dalam melakukan aktiviti amal kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di negara berkenaan.

"Projek utama saya ketika ke Kemboja pada tahin 1999 adalah membina perigi bagi membolehkan penduduk kampung mendapatkan bekalan air bersih.

"Sehingga kini, kita telah berjaya membina masjid, surau, sekolah dan sebagainya bagi memberi lebih keselesaan kepada mereka

"Penghargaan ini juga bukan buat saya semata-mata tetapi juga untuk rakyat Malaysia yang prihatin serta rakan-rakan yang turut sama-sama menderma dalam perjuangan saya selama 20 tahun ini,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, masyarakat Malaysia juga diminta untuk terus menghulurkan bantuan dan menderma demi kepentingan sejagat.

Sementara itu, Ketua Kampung Pak Phou Steam, Yusof Saleh berkata, penghargaan yang diberikan itu adalah bagi menghargai jasa dan sumbangan Mustapha dalam membangunkan kampung itu.

"Mustapha banyak membantu dan mencurah idea bagi pembangunan kampung ini melibatkan aspek pendidikan, ekonomi dan pentadbiran.

"Selaku ketua (kampung) saya juga ingin melihat kampung ini dapat melahir tokoh- tokoh ilmuan serta menjadi rujukan kepada kampung- kampung lain nanti.

"Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada penderma dari Malaysia yang selama ini bermurah hati menderma kepada rakyat Kemboja," katanya.