Gesaan boikot foodpanda bukan wakili kerajaan: PM

Paparan skrin laporan Sinar Online berkaitan isu boikot foodpanda, semalam.
Paparan skrin laporan Sinar Online berkaitan isu boikot foodpanda, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Cadangan Menteri Sukan dan Belia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengajak rakyat memboikot syarikat perkhidmatan penghantaran makanan Foodpanda Malaysia (foodpanda) tidak mewakili kerajaan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pendirian Ahli Parlimen Muar itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

Namun katanya, tindakan Ketua Pemuda Pakatan Harapan itu mungkin dilakukan atas sebab tersendiri.

"Itu pendapat dia, kita tidak bincang dalam Kabinet.

"Itu bukan pendirian kerajaan, mungkin ada sebab dia buat begitu, " katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Syed Saddiq semalam menyifatkan foodpanda sebagai angkuh kerana mengeluarkan kenyataan yang membayangkan mereka tiada masalah jika penunggangnya melancarkan mogok terhadap skim pembayaran baharu.

Beliau berkata, sebagai syarikat korporat, foodpanda dibangunkan oleh pekerja dan pengguna juga boleh dijatuhkan oleh kedua-duanya.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu berkata, pengguna perlu 'mengajar' pemilik syarikat foodpanda sebagaimana mereka mengenepikan wakil rakyat yang bersikap demikian.

Artikel Berkaitan:

Malah Syed Saddiq menegaskan, sikap angkuh bukan cara untuk menyelesaikan masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Keangkuhan foodpanda tak selesai masalah: Syed Saddiq