Bapa kudung kaki didakwa dera anak

Mohd Azman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan mendera anaknya berusia 3 tahun.
Mohd Azman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan mendera anaknya berusia 3 tahun.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki kudung kaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan mendera anak lelakinya berusia 3 tahun pada September lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd Azman Mat Salleh, 39, mengaku tidak bersalah pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Azman didakwa menganiaya anaknya itu sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah rumah di Bukit Payong Marang pada 12 hingga 24 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan mahkamah menetapkan 5 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Izzat Wan Abdullah meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan selepas disyaki mendera anak lelakinya berusia 3 tahun di sebuah rumah di Bukit Payung Marang menyebabkan mangsa bengkak serta lebam di muka dan mulut.

Artikel Berkaitan:

Tiga pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menerima maklumat mengenai kejadian itu melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan.

Lelaki itu ditahan susulan aduan diterima JKM berhubung kes pengabaian dan penderaan terhadap kanak-kanak lelaki itu kira-kira jam 1 tengah hari, 25 September lalu.