Lampard tak sangka Chelsea menang besar

Pemain Chelsea meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan Southampton, 4-1 di Stadium St Mary kelmarin.
Pemain Chelsea meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan Southampton, 4-1 di Stadium St Mary kelmarin.
A
A
A

PENGURUS Chelsea, Frank Lampard tidak menjangkakan pasukannya mampu meraih kemenangan 4-1 ke atas Southampton pada aksi kelapan Liga Perdana Inggeris di Stadium St Mary malam tadi.

Gol kemenangan Chelsea dijaringkan Tammy Abraham pada minit ke-17 diikuti Mason Mount (24), N'Golo Kante (40) dan Michy Batshuayi (89) manakala gol saguhati The Southampton hasil jaringan Danny Ings (30).

Statistik perlawanan memperlihatkan kelab dari barat London itu menguasai 56 peratus penguasaan bola dengan 13 percubaan ke gawang gol termasuk tujuh daripadanya tepat berada di sasaran.

Lampard memuji penampilan Chelsea di atas kejayaan itu dan mengingatkan supaya pasukannya kekal fokus dan tidak terlalu dibuai dengan kemenangan tersebut kerana perjalanan mereka masih panjang.

"Saya tidak fikir kami memulakan perlawanan dengan baik, walaupun ia adalah sesuatu yang kami sering perkatakan sebelum ini.

"Bagaimanapun gol yang dicari tiba tepat pada masanya dan selepas itu saya rasa pemain semakin selesa melebarkan jaringan.

"Kami berjaya menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan dan keputusan itu sangat menyenangkan," kata Lampard.

Kemenangan itu menyaksikan The Blues melonjak di kedudukkan kelima liga dengan kutipan 14 mata ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool selepas lapan perlawanan.

Artikel Berkaitan: