Warga asing main mercun ditahan polis

Mercun yang dirampas selepas polis menahan tiga warga asing awal pagi tadi.
Mercun yang dirampas selepas polis menahan tiga warga asing awal pagi tadi.
A
A
A

PETALING JAYA - Kegembiraan tiga lelaki warga asing bermain mercun menyambut tahun baharu berhampiran pusat beli-belah The Curve, di sini tidak kekal lama apabila kesemua mereka dicekup polis awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, sepasukan anggota polis menjalankan tugas Ops Ambang Tahun Baharu pada jam 12.05 tengah malam bagi tujuan pencegahan jenayah.

Menurutnya, ketika melakukan rondaan, anggota bertugas terserempak dengan sekumpulan lelaki yang membakar mercun secara terbuka di Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara berdepan bangunan IPC.

“Hasil pemeriksaan tiga warga asing masing-masing dua warga Bangladesh dan India ditahan bersama sejumlah mercun.

“Empat batang mercun didapati sudah dibakar manakala sebatang belum dibakar, kesemuanya dirampas untuk tindakan lanjut,”katanya suspek di bawa ke Balai Polis Damansara untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1971.

Artikel Berkaitan: