Bapa masih perlu sumbangan bawa pulang anak dari Mesir

Azyanshah mengirim foto anaknya yang kini sudah sedar daripada koma dan masih di ICU sebuah hospital di Mesir.
Azyanshah mengirim foto anaknya yang kini sudah sedar daripada koma dan masih di ICU sebuah hospital di Mesir.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pemandu bas masih memerlukan bantuan orang ramai bagi membiayai bil perubatan dan kos membawa pulang anaknya yang kini berada di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di Mesir sejak beberapa hari lalu.

Bercakap kepada Sinar Harian, Azyanshah Ariffin, 53, turut memohon orang ramai agar menyalurkan sumbangan menggunakan satu saluran sahaja iaitu melalui akaun Maybank miliknya bagi mempermudahkan segala urusan.

Menurutnya, dia khuatir ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menyebarkan nombor akaun tidak berkaitan bagi tujuan menipu orang ramai.

“Ramai yang tampil menghulur bantuan selepas kisah anak saya tersebar di media sosial. Alhamdulillah anggaran bil hospital sebanyak RM20,000 sudah ada, kini kami memerlukan bantuan bagi membiayai kos lain termasuk tiket penerbangan

“Saya bingung memikirkan penyakit misteri dihidapi anak, Rosimatan Ni’mah, 17, kerana semasa ditahan di hospital dua minggu lepas, doktor mengesahkan anak saya sihat.

“Tapi secara tiba-tiba Rosimatan sekali lagi dimasukkan ke hospital sebelum koma. Anak saya sudah sedar dan semakin stabil tapi masih belum dibenarkan pulang kerana dalam keadaan lemah,” katanya ketika dihubungi.

Azyanshah berkata, isterinya, Rosmawati Khalidin, 43, kini berada di Mesir untuk menemani anak mereka di sana sehingga dibenarkan pulang untuk meneruskan rawatan lanjut di Malaysia.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank atas nama Azyanshah bernombor 162013111595 atau menghubunginya di talian 010-7993486.

Artikel Berkaitan: