Boris Johnson cabar Ratu Elizabeth II pecat beliau

Boris Johnson
Boris Johnson
A
A
A

LONDON - Perdana Menteri Britain, Boris Johnson didakwa bersedia untuk mencabar Ratu Elizabeth II memecatnya selepas beliau tetap mahu meneruskan Brexit pada 31 Oktober ini walaupun tanpa perjanjian.

Perkara itu dilaporkan The Sunday Times memetik kenyataan pembantu kanan kerajaan.

Menurut laporan itu, Johnson yang mengambil alih jawatan daripada pendahulunya, Theresa May pada Julai lalu tidak akan meletak jawatan jika cadangan Brexit beliau ditolak oleh Kesatuan Eropah (EU) atau ahli Parlimen sebulat suara melakukan undi tidak percaya terhadapnya.

Difahamkan, kegagalan mencapai kesepakatan dalam cadangan baharu Brexit itu akan menyebabkan keputusan untuk meninggalkan blok tersebut terpaksa ditangguhkan.

"Beliau tidak akan melepaskan jawatannya melainkan polis muncul di pintu 10 Downing Street bersama waran untuk menangkap Perdana Menteri," kata pegawai kanan Parti Konservatif.

Kali terakhir keluarga diraja British memecat Perdana Menteri adalah pada 1834. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Boris Johnson kalah undi di Parlimen

Artikel Berkaitan: