X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

84 peratus sokong beri subsidi petrol untuk M40

Kiri: Keratan artikel Sinar Harian. Kanan: Layar skrin Facebook Sinar Harian menunjukkan peratusan pengundian berhubung pemberian subsidi petrol bersasar sehingga jam 5 petang tadi.
A
A

SHAH ALAM - Kira-kira 84 peratus daripada keseluruhan seramai 7,829 pelayar media sosial menyokong agar kerajaan memperluaskan pemberian subsidi petrol bersasar kepada golongan M40 berbanding hanya untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

Baki sebanyak 16 peratus pula bersetuju agar pemberian subsidi itu dikekalkan kepada golongan sasar membabitkan kira-kira dua juta penerima BSH petrol yang mempunyai kenderaan berdaftar.

Peratusan itu berdasarkan kaji selidik dalam talian menerusi Facebook dan Twitter Sinar Harian setakat jam 5 petang tadi yang bermula jam 8 malam semalam dan akan berakhir jam 12 tengah hari esok.

Menurut seorang pelayar, Zamali Ab Manan, berdasarkan kajian, kumpulan sederhana juga hidup dalam keadaan 'cukup-cukup' sahaja.

“Sekiranya perbelanjaan pada bulan itu berubah akibat 'perbelanjaan luar jangka', mereka akan terkesan.

“Wajar sangat had pendapatan keluarga yang diguna pakai (B40) dianjak kepada yang lebih tinggi,” katanya.

Tamil Naresh Kumar pula berkata, subsidi petrol bersasar itu perlu diberikan kepada mereka yang layak dan memohon agar kerajaan mengawal harga minyak tanpa kenaikan dan penurunan secara kerap.

“Minta juga bagi subsidi kepada usahawan kecil, contohnya mereka yang memiliki teksi, perniagaan pengangkutan secara kecil-kecilan,” katanya.

Sementara itu, Normah Rashid berkata, kerajaan perlu memberi subsidi untuk semua warganegara dan menaikkan harga petrol kepada warga asing berdasarkan nombor kad pengenalan agar rakyat mendapat manfaat.

Seorang lagi pelayar yang menggunakan nama Ciik Apple Hijau mempersoalkan mekanisme pemberian subsidi itu kepada penerima BSH di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai motosikal atau kereta.

ARTIKEL BERKAITAN:

UMNO tidak setuju kerajaan laksana subsidi petrol bersasar

Subsidi petrol bersasar diumum Isnin ini


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!