Lelaki sembelih polis dengan kapak diberkas

Kalua (tengah) diberkas polis.
Kalua (tengah) diberkas polis.
A
A
A

LUCKNOW - INDIA. Seorang lagi suspek utama dalam kes pembunuhan kejam seorang pegawai polis di Bulandshahr diberkas pihak berkuasa, semalam.

Lelaki dikenali sebagai Kalua dituduh telah menyerang Inspektor Subodh Kumar Singh dalam kejadian 3 Disember lalu di negeri Uttar Pradesh.

Mangsa ditetak dengan kapak, beberapa jarinya dikerat sebelum ditembak menggunakan senjatanya sendiri.

Perancang utama pembunuhan itu, Prashant Nutt telah ditangkap pada 28 Disember lalu.

Difahamkan, mangsa sebahagian pegawai yang dikerah untuk mengawal ratusan penduduk yang mengamuk selepas lebih 20 bangkai lembu ditemui di pinggir sebuah kampung di daerah itu.

Video pembunuhan mangsa telah dimuat naik di media sosial.

Seorang pemuda berusia 20 tahun turut terbunuh dalam insiden keganasan itu.

Sementara itu, polis turut memburu Yogesh Raj, pemimpin pelampau Hindu Bajrang Dal.

Artikel Berkaitan:

Raj dikatakan menghasut kira-kira 400 penduduk untuk keluar memprotes penemuan bangkai-bangkai lembu berkenaan.

Beliau menegaskan dirinya tidak bersalah, namun telah melarikan diri dan gagal dikesan sejak pembunuhan itu berlaku. - NDTV