Kaki wanita tersangkut dalam mangkuk tandas

Anggota bomba berusaha menyelamatkan wanita akibat kakinya tersangkut dalam mangkuk tandas.
Anggota bomba berusaha menyelamatkan wanita akibat kakinya tersangkut dalam mangkuk tandas.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang wanita terpaksa menanggung kesakitan selepas kakinya tersangkut di dalam mangkuk tandas, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang berusia 49 tahun dari Taman Temerloh Jaya itu diselamatkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin di sini.

Ketua BBP terbabit, Penolong Penguasa Bomba, Hasnuddin Husin berkata, seorang pegawai dan tujuh anggota dari Balai tersebut bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan.

"Pasukan operasi menggunakan peralatan khas 'Paratex' bagi memecahkan mangkuk tandas untuk mengeluarkan kaki mangsa.

"Setelah 45 minit operasi, kaki mangsa berjaya dikeluarkan dan tiada kecederaan dialami oleh wanita berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasnuddin memberitahu, rawatan awal telah diberikan kepada mangsa sebelum dibawa ke klinik swasta untuk rawatan selanjutnya.

Artikel Berkaitan: