X

Kindly register in order to view this article
!

Denda RM86 juta tak beri kesan kepada Grab

Laporan muka depan akhbar Sinar Harian berkaitan isu saman Grab.
A
A

SHAH ALAM - Cadangan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) supaya Grab didenda RM86.8 juta tidak memberikan kesan kepada operasi syarikat perkhidmatan seru pandu (e-hailing) itu.

Presiden Persatuan Pemandu-Pemandu Grab Malaysia, Arif Asyraf Ali berkata, setakat ini operasi Grab masih menerima permintaan daripada orang ramai.

Menurutnya, pemandu Grab juga masih menerima bayaran 20 peratus daripada Grab atas perkhidmatan mereka.

"Bagi saya, cadangan denda itu tidak akan memberi kesan kerana Grab bergerak seluruh Asia.

"Apa pun, kita tak faham isu apa yang MyCC nak saman itu. Bagi saya ia bukan saman, ia tuduhan. Cuma yang boleh saya katakan denda memang tidak memberi kesan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan MyCC yang mencadangkan supaya Grab didenda RM86.8 juta kerana amalan menindas.

Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail pada sidang akhbar di Kuala Lumpur kelmarin turut menyatakan bahawa Grab bakal didenda sebanyak RM15,000 sehari sekiranya syarikat itu gagal mengambil tindakan pembetulan seperti diarahkan MyCC.

Cadangan Itu dikemukakan kerana Grab didakwa menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui pengenaan beberapa klausa yang membataskan pemandu- pemandunya daripada mempromosikan dan menyediakan perkhidmatan pengiklanan kepada pesaing-pesaing Grab dalam perkhidmatan e-hailing dan pasaran pengiklanan media transit.

Grab diberi tempoh 30 hari untuk memberikan representasi mereka kepada MyCC.

ARTIKEL BERKAITAN: MyCC cadang Grab didenda RM86 juta


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!