Nekad terjun dari tingkat 9

Gambar kenangan Mikhailov dan Irina bersama dua anak mereka. - Foto Agensi
Gambar kenangan Mikhailov dan Irina bersama dua anak mereka. - Foto Agensi
A
A
A

SARATOV - Seorang lelaki bertindak nekad terjun dari balkoni tingkat sembilan rumah bersama dua anaknya selepas isterinya memfailkan perceraian.

Romawi Mikhailov, 30, meninggal dunia di tempat kejadian bersama anak lelakinya berusia 18 bulan, Artyom, manakala anak perempuannya, Sofiya, 4, meninggal dunia di hospital.

Sebelum tragedi itu, Mikhailov sempat menghantar gambar mereka bertiga di balkoni kepada isterinya, Irina, 29.

Melihat keadaan mencurigakan itu, wanita itu yang merupakan seorang ahli psikologi bergegas pulang dengan menaiki teksi tetapi terlambat untuk menghalang kerana Mikhailov telah melompat bersama dua anaknya.

Gambar kenangan Mikhailov dan Irina semasa perkahwinana mereka. - Foto Agensi
Gambar kenangan Mikhailov dan Irina semasa perkahwinana mereka. - Foto Agensi

Paramedik turut dipanggil ke tempat kejadian dan mereka berusaha untuk menyelamatkan nyawa kedua-dua anak itu.

Lelaki yang bekerja di syarikat Keretapi Rusia itu dikatakan 'cemburu' apabila mengesyaki isterinya mempunyai kenalan baharu sehingga memfailkan perceraian.

Irina juga dilaporkan berada di pejabat peguam memfailkan perceraian ketika suaminya melompat bersama dua anaknya.

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu telah memberikan tamparan hebat buat wanita itu yang kehilangan dua anaknya sekali gus.

Sementara itu, jiran mengatakan keluarga itu kelihatan 'normal' dan tidak ada tanda-tanda mempunyai masalah atau sebarang konflik.

"Mereka tidak pernah bertengkar. Saya tinggal di tingkat bawah. Mereka sangat baik, tidak ada tanda-tanda masalah," kata Natalya Krygina.

Alexey Startsev, jiran lain yang merupakan ahli psikiatri, berkata: "tiada tanda-tanda sebarang konflik." - Agensi