X

Kindly register in order to view this article
!

Dr Mahathir beri jaminan Kerajaan PH tidak zalim

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab pertanyaan dalam Sesi Dialog Persidangan LAWASIA Constitutional & Rule Of Law hari ini.
Turut hadir Presiden LAWASIA Christopher Leong (kiri).
--fotoBERNAMA 

A
A

PETALING JAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan akan mentadbir negara ini mengikut peraturan undang-undang dan bukan berlandaskan undang-undang zalim seperti pentadbiran sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, rakyat akan berasa selamat apabila kerajaan yang memerintah negara ini mengikut peraturan undang-undang.

“Undang-undang yang zalim menjadikan rakyat berasa amat tidak selamat kerana mereka boleh ditangkap dan ditahan tanpa perlu dibawa ke mahkamah undang-undang. Walaupun mereka (pentadbiran sebelum ini) menghapuskan undang-undang berkenaan, namun mereka gantikan dengan undang-undang lapuk yang lain.

“Namun kerajaan baharu akan memansuhkan undang-undang itu dan memperkenalkan undang-undang baharu. Malaysia perlu mempunyai undang-undang yang baik dan bukan undang-undang yang zalim,” katanya semasa berucap pada pelancaran Persidangan Perlembagaan dan Peraturan Perundangan LAWASIA, yang pertama di sini.

Turut hadir ialah Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Presiden Majlis Peguam, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus