Kereta rempuh kedai gambar

Gambar kereta rempuh kedai gambar tular di laman sosial.
Gambar kereta rempuh kedai gambar tular di laman sosial.
A
A
A

KAJANG - Sebuah kereta terbabas merempuh kedai gambar di Jalan Sungai Chua, pagi tadi.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kejadian itu berlaku selepas pemandu kereta itu disyaki tersalah tekan pedal minyak.

"Pemandu itu ingin memasuki parkir dan telah meminta kakaknya turun terlebih dahulu untuk masuk ke kedai.

"Semasa hendak parkir secara tidak sengaja pemandu dipercayai tersalah tekan pedal minyak menyebabkan keretanya masuk ke dalam kedai gambar dan turut melanggar kakaknya," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Dzaffir, kakak kepada pemandu tersebut telah mendapatkan rawatan dan mengalami bengkak di badan sahaja.

"Laporan polis telah dibuat oleh pemandu dan pemilik kedai tersebut.

"Kerosakan dan anggaran kerugian kedai masih belum dipastikan. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: