X

Kindly register in order to view this article
!

Geng Awe curi motor diberkas

Mazlan menunjukkan barangan yang dirampas polis.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan sindiket curi motosikal dikenali Geng Awe susulan penahanan 11 ahli geng itu dalam operasi dijalankan bermula 17 September hingga 24 September lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kesemua suspek berusia 24 hingga 34 tahun itu diberkas dalam tangkapan berasingan di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan.

"Sindiket berkenaan dipercayai terlibat dalam jenayah curi motosikal di kawasan Lembah Klang.

"Siasatan mendapati, kumpulan berkenaan akan mengubahsuai motosikal kemudian akan menghantarnya ke Kelantan untuk dijual di selatan Thailand dengan harga RM2,000 hingga RM4,000,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mazlan berkata, dua suspek dipercayai berperanan sebagai pencuri dan penjual motosikal curi itu, manakala rakannya berperanan mengubahsuai nombor casis dan nombor enjin motosikal.

“Mereka juga mempunyai bengkel untuk melakukan kegiatan jenayah itu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat ke atas suspek, polis telah berjaya merampas 24 motosikal pelbagai jenis, empat enjin motosikal pelbagai jenis dan satu rangka motosikal Yamaha Y15ZR.

“Kita turut merampas peralatan yang digunakan suspek untuk mencuri motosikal seperti allen key yang telah diubahsuai dan peralatan untuk membuat nombor casis dan nombor enjin,” katanya.

Katanya, polis masih mengesan saki baki suspek yang masih bebas.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!