Suarez jadi wira Barcelona

Suarez (tengah) diraikan rakan sepasukan selepas muncul wira Barcelona menumpaskan Inter Milan, 2-1, dalam aksi Kumpulan F Liga Juara-Juara awal pagi tadi. - Foto AFP
Suarez (tengah) diraikan rakan sepasukan selepas muncul wira Barcelona menumpaskan Inter Milan, 2-1, dalam aksi Kumpulan F Liga Juara-Juara awal pagi tadi. - Foto AFP
A
A
A

JAGUH La Liga, Barcelona kembali bangkit daripada ketinggalan sebelum menundukkan Inter Milan, 2-1, melalui dua jaringan penyerang prolifik Luis Suarez dalam aksi peringkat Kumpulan F Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Beraksi di laman sendiri Camp Nou, pasukan bimbingan Ernesto Valverde dikejutkan seawal minit ketiga perlawanan melalui jaringan pasukan pelawat yang disumbangkan oleh Lautaro Martinez.

Tersentak dengan jaringan awal itu, Barcelona yang menguasai perlawanan cuba merapatkan kedudukan namun keputusan itu kekal sehingga masa rehat.

Barcelona yang terpaksa menunggu hampir sejam perlawanan akhirnya menjelmakan gol penyamaan hasil jaringan Suarez cantik pada minit ke-58.

Enam minit sebelum masa perlawanan sebenar berakhir, Suarez muncul wira pasukan dengan merekodkan jaringan kemenangan hasil gerakan penyerang lincah Lionel Messi.

“Kami berjuang pada separuh masa kedua dan menjaringkan gol-gol yang pentimg. Kami menukar percaturan dengan menaikkan tempo perlawanan dan hasilnya kami dapat menciptakan corak permainan yang berbeza,” kata Valverde.

Sementara itu Suarez yang menjadi kunci kemenangan Barcelona berkata, pasukannya berjaya meraih tiga mata berharga kerapa beraksi dengan penuh sabar.

"Ini adalah kemenangan yang sangat berharga bagi kami ketika menentang pasukan yang hebat. Kami sedar jika kami bermain seperti separuh masa pertama, kami akan kalah.

Artikel Berkaitan:

“Kunci kami adalah kesabaran dan terus menciptakan banyak peluang pada separuh masa kedua,” kata bekas penyerang Liverpool itu.

Keputusan perlawanan itu menyaksikan Barcelona menghuni tangga kedua dengan 4 mata di belakang Borussia Dortmund yang mengumpul mata sama namun dibezakan dengan perbezaan jaringan.