X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

APMM rampas ikan, bot bernilai RM500,000 di perairan Miri

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
A
A

MIRI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 10 kru bot nelayan dari Sabah termasuk lapan kru warga Filipina ketika menangkap ikan di perairan Miri pada jam 4 petang semalam.

Pengarah APMM Miri, Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, kru bot terdiri daripada dua lelaki tempatan serta lapan lelaki warga Filipina berumur 18 dan 75 tahun ditahan di kedudukan 88.1 batu nautika dari sungai Miri kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

"Menggunakan khidmat warga asing untuk dijadikan pekerja tidak menyalahi undang-undang namun yang menjadi kesalahan apabila warga asing tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja sah," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Selain 10 nelayan ditahan untuk membantu siasatan, tangkapan ikan seberat dua tan bersama lima buah bot kecil serta enam buah enjin sangkut 15HP disita dengan anggaran sitaan berjumlah RM500,000.

Katanya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan perairan Miri boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!