Jijik... KL penuh sampah tahun baharu

Rakaman video berdurasi 27 saat yang tular di media sosial pelbagai jenis sampah termasuk tin dan botol minuman, plastik serta kotak bersepah di bahu dan tengah laluan jalan raya.
Rakaman video berdurasi 27 saat yang tular di media sosial pelbagai jenis sampah termasuk tin dan botol minuman, plastik serta kotak bersepah di bahu dan tengah laluan jalan raya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sambutan ambang tahun baru 2019 awal pagi tadi bukan sahaja meninggalkan seribu kenangan kepada rakyat namun turut meninggalkan sisa sampah yang bertaburan di sepanjang jalan sekitar ibu negara.

Dalam rakaman video berdurasi 27 saat yang tular di media sosial pelbagai jenis sampah termasuk tin dan botol minuman, plastik serta kotak bersepah di bahu dan tengah laluan jalan raya.

Ia dipercayai hasil buangan orang ramai yang datang meraikan sambutan tahun baru di kawasan sekitar Bukit Bintang di sini.

Rakaman video itu turut menunjukkan orang ramai yang berada di lokasi seolah-olah tidak ambil peduli sampah yang berlonggok di tepi jalan malah kenderaan yang melaluinya dilihat melanggar sisa buangan itu.

Rata-rata pelayar Facebook berang dengan keadaan yang menjijikan itu dan menyifatkan mereka yang membuang sampah merata-rata sebagai orang tidak bertamadun.

Ijjat Jatt berkata, situasi itu berlaku berikutaan sambutan tahun baru hanya melebihkan agenda hiburan.

“ Apabila sambutan tahun baru lebih kepada hiburan sahaja, tanpa pengisian rohani maka inilah jadinya. Dunia terus bergerak ke hadapan tetapi mentaliti manusia masih seperti zaman batu, tak bertamadun, penting diri sendiri. Nasib baikla kat luar negara.. orang Malaysia tetap terbaik,”tulisnya di ruangan komen.

Syukri Shahruddin pula berkata, Malaysia tidak akan maju jika mentaliti rakyat terus begini.

Artikel Berkaitan:

“Ni sampah hasil dari berbilang kaum dan jugak pendatang asing. Haihhhh.. Mentaliti ke laut semua.. Alasan biasa, tong sampah penuh. Rasanya kalau masing-masing bawak plastik sampah kan bagus. Jangan la buang merata,”tulisnya.

Lady Hellu Dolly Vita pula menulis tidak perlu salahkan penganjur ataupun bunga api dengan apa yang berlaku.

“Jangan salahkan bunga api atau penganjur....tapi salahkan sesetengah masyarakat yang jenis tidak fikir guna otak..buang sampah sini sana...’mind set’ dorang dah set yang akan ada orang kutip keesokan hari nya,”tulisnya di ruangan komen.