Mujur dapat lepas

Semua kenderaan dan indvidu yang ditahan dibawa ke Unit Penguatkuasa Trafik IPD Ipoh untuk tujuan dokumentasi.
Semua kenderaan dan indvidu yang ditahan dibawa ke Unit Penguatkuasa Trafik IPD Ipoh untuk tujuan dokumentasi.
A
A
A
IPOH - Seorang pelajar tingkatan dua hampir sahaja tidak dapat memulakan sesi persekolahan esok apabila ditahan kerana menunggang motosikal secara melulu dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Kledang Utara, pagi tadi.

Dalam operasi bermula jam 2.30 pagi, pelajar berusia 14 tahun dari Kampung Baru Bali, Tronoh itu ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan selepas bapanya hadir ketika pemeriksaan lanjut dilakukan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, remaja berkenaan antara empat yang ditahan atas pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 153 penunggang motosikal.

Menurutnya, dua individu masing-masing berusia 18 dan 29 tahun ditahan atas kesalahan sama sementara seorang lelaki berusia 44 tahun disiasat di bawah Seksyen 45 (1) akta sama kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

No Image Caption



"Sebanyak 211 saman dikeluarkan membabitkan 226 kesalahan, selain halangan lalu lintas, kesalahan paling banyak dilakukan adalah tidak mempunyai lesen memandu dan melanggar lampu isyarat.

"Daripada 231 jenis kenderaan yang diperiksa, sebanyak 35 motosikal disita untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, operasi dijalankan selepas pemantauan di Jalan Kledang Utara mendapati, terdapat sekumpulan penunggang motosikal menunggang dalam keadaan laju serta berbahaya.

Artikel Berkaitan:


"Mereka membuat pusingan U secara berulang-ulang, ia bukan sahaja membahayakan diri tetapi juga pengguna jalan lain," katanya.

Dalam operasi sama, polis turut menahan seorang pengawal keselamatan berusia 20 tahun di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.