Kes terbaharu disyaki selesema babi Afrika disahkan negatif

No Image Caption
A
A
A

KOREA SELATAN - Kementerian Pertanian Korea Selatan pada Selasa berkata satu kes terbaharu disyaki demam babi Afrika yang dilaporkan di selatan Seoul didapati negatif, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar, kes dilaporkan di Hwaseong, wilayah Gyeonggi, kira-kira 42km di selatan ibu kota.

Setakat ini, semua kes yang disahkan dilaporkan di kawasan utara wilayah Gyeonggi dan Incheon dekat berhampiran sempadan Korea Utara.

Sejak pertengahan September, sembilan kes yang dilaporkan di Korea Selatan disahkan positif dengan lima daripadanya dicatatkan di Pulau Ganghwa, Incheon.

Semua bahagian di wilayah Gyeonggi dan Incheon serta wilayah Gangwon yang berdekatan diisytiharkan sebagai zon kawalan ketat bagi membolehkan operasi pembasmian kuman dan pemeriksaan terperinci dijalankan.

Kenderaan yang terlibat dalam industri ternakan di utara wilayah Gyeonggi juga dilarang melakukan perjalanan di luar kawasan tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: