Syiah: JAIS tak bagi muka

Mohd Shahzihan Ahmad
Mohd Shahzihan Ahmad
A
A
A

KLANG - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana isu atau perkara yang mengancam kepada keselamatan akidah umat Islam di negeri ini.

Pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya sangat tegas berkaitan hal ini dan tidak akan sesekali bertolak-ansur dengan perkara yang dilihat menjejaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Dalam soal penguatkuasaan kita amat tegas dan saya ingin jelaskan bahawa saya amat tegas dalam soal melibatkan apa saja isu yang dilihat memberi ancaman keselamatan kepada akidah.

"Kita akan terus mengambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya terdapat perkara yang menjejaskan dan mengancam akidah," katanya kepada Sinar Harian pada Majlis Jalinan Mesra Hi Tea Sahabat Hospital Selangor di Klang, kelmarin.

Dalam pada itu menurutnya, individu yang ditangkap terlibat dengan Syiah masih lagi dalam proses disiasat.

"Mereka dibebaskan bukan bermakna bebas daripada kesalahan namun masih disiasat.

"Setakat ini jumlah yang ditangkap tak lebih daripada 30 orang dan tindakan sitaan dijalankan terhadap elemen seperti bahan-bahan, buku dan beberapa elemen lain," katanya.

Mohd Shahzihan berkata, pihaknya amat tegas dalam soal ini bagi memastikan Syiah tidak boleh bergerak dalam masyarakat.

Artikel Berkaitan:

"Kita jalankan penguatkuasaan dan pemantauan yang tegas dalam memastikan apa saja perkara yang bertentangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dapat dibanteras.

"Paling asas adalah kita tanamkan pengetahuan dan kefahaman apa itu Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tentang iman malah automatik ia akan jadi 'firewall' kepada mana-mana ajaran yang bertentangan dengan Islam," katanya.