Australia pengimport senjata kedua terbesar dunia

Gambar hiasan. - Foto: Agensi
Gambar hiasan. - Foto: Agensi
A
A
A

CANBERRA - Australia kini menjadi pengimport senjata kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi, menurut badan pemikir Sweden.

Menerusi analisis Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), Canberra menduduki tempat kedua daripada tempat keempat antara tahun 2017 hingga 2018.

Sementara itu, usaha kerajaan konservatif Australia untuk menjadi 10 negara teratas pengeksport senjata menjelang tahun 2027 dilihat semakin malap selepas negara itu jatuh ke kedudukan 25 pada tahun lalu berbanding tempat ke-18 pada 2017.

Inisiatif itu dilancarkan oleh kerajaan pada tahun lalu dengan bilion dolar cadangan pelaburan.

"Kerajaan Australia melaburkan 200 bilion dolar dalam pembentukan kemampuan pertahanan.

"Untuk menyediakan semua keupayaan ini, ia melibatkan peralatan dan perkhidmatan penyumberan daripada rakan rapat seperti Amerika Syarikat serta bekerjasama dengan syarikat yang membangunkan keupayaan industri Australia," jelas jurucakap kementerian pertahanan dalam satu kenyataan.

Arab Saudi terus menguasai senarai import senjata manakala China mendaki daripada kedudukan keenam pada 2017 kepada tempat ketiga tahun lalu dan India jatuh dari tempat kedua kepada tempat keempat. - Agensi

Artikel Berkaitan: