34 lembu berenang di Sungai Golok dirampas di Tumpat

Ab Rashid (depan) melihat 34 lembu di premis yang diserbu di Kampung Mentua malam tadi.
Ab Rashid (depan) melihat 34 lembu di premis yang diserbu di Kampung Mentua malam tadi.
A
A
A

TUMPAT - Taktik membawa masuk lembu dari negara jiran dengan berenang melalui Sungai Golok berjaya dihidu pihak berkuasa apabila sebanyak 34 ekor lembu bernilai RM136,000 dirampas dalam satu serbuan di Kampung Mentua di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, serbuan dilakukan berdasarkan maklumat diterima daripada anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat sebelum membuat serbuan di sebuah premis di kampung berkenaan di sini.

Menurutnya, lembu terbabit dibawa berenang menerusi Sungai Golok ke negara ini sebelum ditarik sejauh 900 meter untuk dikumpulkan di premis terbabit.

"Seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun yang dipercayai pemilik premis berkenaan juga turut ditahan.

"Lelaki itu akan direman selama tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Maqis 2011 dan siasatan juga akan dibuat secara menyeluruh melibatkan pemalsuan dokumen dan sebagainya," katanya.

Mengulas lanjut katanya, lembu-lembu berkenaan dipercayai untuk kegunaan tempatan dan berdasarkan siasatan awal, pihaknya tidak menolak kegiatan terbabit telah lama dijalankan di kawasan itu.

Artikel Berkaitan: