PNM bergerak seiring perkembangan teknologi

Maziah (berdiri, dua kanan) melihat pengguna yang menggunakan kemudahan pembacaan eBuku dilanggan PNM.
Maziah (berdiri, dua kanan) melihat pengguna yang menggunakan kemudahan pembacaan eBuku dilanggan PNM.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kemudahan u-Pustaka di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) kini boleh diakses setiap masa tanpa sempadan lokasi.

Ketua Pengarah PNM, Maizan Ismail berkata, Inovasi perkhidmatan perpustakaan digital PNM itu juga berubah sesuai trend pembacaan dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, PNM mempunyai lapan konsortium u-Pustaka yang terdapat dalam Katalog Induk Kebangsaan iaitu Sabah, Sarawak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan tiga di Kuala Lumpur iaitu PNM, Perpustakaan Intan Bukit Kiara dan Perpustakaan Kuala Lumpur.

"Pengguna juga boleh menikmati kemudahan akses percuma kepada perkhidmatan sumber dalam talian iaitu peminjaman eBuku, buku audio, rujukan eSuratkhabar, eMajalah, eJurnal dan Online Learning daripada pelbagai pangkalan data komersial dilanggan PNM merangkumi sebanyak 12,627,943 judul bahan digital disediakan," katanya pada sesi Temubual Bersama Ketua Pengarah PNM hari ini.

Menurut rekod PNM, portal u-Pustaka telah mencatatkan sebanyak 3.17 juta page views penggunaan dan angka itu dilihat telah meningkat kepada 28.9 peratus atau 4.091 juta page views penggunaan pada tahun lalu.

Sementara, page view bagi penggunaan eSuratkhabar adalah sebanyak 13,980, eMajalah pula sebanyak 3,624 manakala eBuku sebanyak 2629.

Peningkatan itu melakar unjuran positif bagi PNM kerana membuktikan semakin ramai masyarakat di negara ini menggunakan portal berkenaan.

Malah, PNM turut memperluaskan koleksi digital dengan menambah baik maklumat sedia ada dan baharu supaya dapat digunakan dengan lebih meluas.

Artikel Berkaitan:

Maizan Ismail.
Maizan Ismail.

Sementara itu, OokBee Buffet pula ialah pangkalan data menyediakan akses kepada e-Majalah, surat khabar elektronik dan e-Buku terbitan Kumpulan Media Karangkraf, Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan Buku Negara dan banyak lagi.

Maizan berkata, PNM terus bergerak seiring dengan perkembangan teknologi semasa dalam mendepani cabaran dunia teknologi tanpa sempadan.

Beliau memberitahu, perkhidmatan perpustakaan digital negara yang dikenali sebagai u-Pustaka dibuka secara rasmi kepada masyarakat Malaysia sejak 31 Mac 2011 lagi.

"Kepesatan teknologi dunia tanpa sempada di di negara ini membolehkan PNM meluaskan lagi perkhidmatan u-Pustaka secara menyeluruh.

"PNM perlu menyesuaikan diri dengan situasi dan keperluan semasa sesuai perkembangan aplikasi mudah alih yang semakin pesat dalam dunia tanpa sempadan," katanya.

Menurutnya, PNM juga optimis bahawa e-Buku mempunyai masa depan cerah dalam pasaran Malaysia apabila trend pembacaan dalam kalangan masyarakat kini banyak berubah.

Katanya, pembaca terutama belia kini sudah celik penggunaan teknologi dan permintaan terhadap buku elektronik sangat tinggi.

"Situasi kini sedang berubah dan masyarakat pembaca pada zaman IR 4.0 ini kini semakin menggemari sumber maklumat dan bahan bacaan yang boleh didapati secara mudah," katanya.