Pesuruhjaya Pas Perlis rebah ketika berucap

Mohd Shukri
Mohd Shukri
A
A
A

KANGAR - Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli rebah ketika memulakan ucapan dalam ceramah muafakat Pas-UMNO di Dewan 2020 malam ini.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, Mohd. Shukri sebagai penceramah pertama sedang memperkenalkan nama penceramah lain sebelum tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Berikutan itu, Adun Sanglang tersebut telah diberi bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Ceramah tersebut turut dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan lebih 2,000 orang penyokong kedua-dua parti itu.

Keadaan beliau masih belum sedarkan diri dan diminta orang ramai untuk mendoakan beliau.

Artikel Berkaitan: