Ingatkan sawa, rupanya tedung

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Raub berjaya menangkap reptilia tersebut.
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Raub berjaya menangkap reptilia tersebut.
A
A
A

RAUB - Seorang warga emas berdepan detik cemas selepas seekor ular tedung selar sepanjang hampir empat meter berada di depan mata.

Ketika kejadian kira-kira 10.22 malam, Peshah Wan Chik, 67, dari Felda Lembah Klau sedang membuat panggilan telefon di dapur sebelum ternampak reptilia itu yang disangka ular sawa.

Anak mangsa yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Khairul Anuar Yaacob berkata, dia berada di ruang tamu sebelum mendengar kekecohan di dapur rumahnya.

"Saya bergegas ke dapur terkejut apabila melihat ular tedung selar. Reptilia itu menyorok di bawah kabinet tetapi berjaya ditangkap anggota bomba yang tiba beberapa minit selepas itu," katanya

Khairul Anuar bersyukur kerana ibunya tidak mengalami kecederaan manakala ular berkenaan dilepaskan ke tempat selamat.

Artikel Berkaitan: