STL 2019: Kelantan Warriors libas Kuala Lumpur Thunder

Antara aksi menarik dipamerkan pemain Kelantan Warrios dan Kuala Lumpur Thunder pada aksi minggu keempat saingan STL 2019 di Spice Arena, Pulau Pinang hari ini. - Foto SepakTakraw League
Antara aksi menarik dipamerkan pemain Kelantan Warrios dan Kuala Lumpur Thunder pada aksi minggu keempat saingan STL 2019 di Spice Arena, Pulau Pinang hari ini. - Foto SepakTakraw League
A
A
A

KELANTAN Warriors melabuhkan tirai hari ketiga dengan momentum luar biasa apabila melengkap kemenangan hatrik setelah menang kesemua aksi minggu keempat saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2019.

Wakil pantai timur dibarisi Apirak Promanee, Aidil Aiman Azwawi dan Naim Izani Noor melengkapkan hatrik apabila menewaskan Kuala Lumpur Thunder 21-16, 21-18 pada aksi sengit di Spice Arena, Pulau Pinang hari ini.

Jurulatih Kelantan Warrios, Mohd Rozi Abdul Rahman menyifatkan kemantapan persefahaman dalam kalangan pemain menjadi

kekuatan kepada pasukannya meraih kemenangan walaupun berdepan tentangan sengit lawan dan kepadatan jadual.

"Saya lihat persefahaman antara pemain makin matang sekali gus membolehkan mereka beraksi cemerlang dalam perlawanan sebelum ini.

"Memang persaingan sengit tapi karakter konsisten pemain selain kemantapan corak permainan pada perlawanan kali ini memberi kelebihan kepada kami," katanya.

Untuk rekod pada hari pertama Jelajah STL 2019 Pulau Pinang, Kelantan Warriors menumpaskan Sabah Mountaineers 21-15, 21-8 diikuti kemenangan ke atas ATM Guardians pada aksi tiga set 19-21, 21-9 dan 18-21.

Artikel Berkaitan: