TFC IV julang Piala Belia 2019

Pasukan Terengganu FC IV meraikan kejayaan menjulang trofi Piala Belia selepas menewaskan juara bertahan PKNS FC, 1-0 pada aksi final kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.
Pasukan Terengganu FC IV meraikan kejayaan menjulang trofi Piala Belia selepas menewaskan juara bertahan PKNS FC, 1-0 pada aksi final kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.
A
A
A

KETUA Jurulatih skuad Piala Belia Terengganu, Subri Sulong menyifatkan kerja keras dan semangat juang yang tinggi ditonjolkan pemainnya menjadi kunci kejayaan pasukannya menjulang trofi Piala Belia selepas menewaskan juara bertahan PKNS FC, 1-0 pada aksi final kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.

Menurutnya, walaupun turun tanpa kekuatan sebenar selepas tonggak utama digantung perlawanan manakala khidmat tiga lagi pemain terpaksa diketepikan ekoran mengalami cirit-birit sebelum perlawanan tidak menjejaskan perancangan pasukan untuk mencipta sejarah.

"Alhamdulillah dengan kerja keras, semangat juang tinggi dan bermain dengan penuh berdisiplin, mereka berjaya mempamerkan aksi terbaik untuk menebus kekecewaan musim lalu dengan lawan yang sama seterusnya mencipta sejarah menjulang trofi Piala Belia musim ini.

"Kita masih mempunyai tujuh pemain yang mampu menjadi sandaran buat pasukan untuk mempertahan kejuaraan pada musim depan," katanya.

Pada perlawanan itu, pemain skuad bawah 18 tahun kebangsaan, Muhammad Muslihuddin Atiq Mat Zaid muncul wira buat TFC IV apabila jaringannya memastikan tuan rumah menjulang trofi itu selepas menundukkan juara bertahan, PKNS FC dengan agregat kemenangan 1-0.

Sementara itu, Ketua Jurulatih PKNS FC, Muhamad Azrin Mohamed mengakui pasukannya kurang bernasib baik walaupun berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan musim lalu.

"Pemain kita sudah melakukan yang terbaik untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu, namun kita tidak bernasib kerana beberapa peluang gagal diterjemahkan dengan jaringan.

"Apa pun saya tetap berpuas hati dengan kesungguhan yang ditunjukkan pemain dan akur dengan kekalahan tipis ini kerana begitulah adat dalam permainan bola sepak, siapa yang bijak menggunakan peluang maka dia akan menang," katanya.

Artikel Berkaitan: