Dituduh keluarkan 200,000 sijil warganegara, JPN lapor polis

Ruslin Jusoh
Ruslin Jusoh
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan tuduhan di media sosial mengatakan jabatan itu mengeluarkan sebanyak 200,000 penerima sijil kewarganegaraan baharu seperti didakwa satu akaun Twitter.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh berkata, laporan polis berkaitan isu yang tular di media sosial itu dibuat supaya satu siasatan boleh dijalankan terhadap pemilik akaun terbabit.

Menurutnya, pihak JPN juga memandang serius terhadap dakwaan itu kerana JPN dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah mengeluarkan sebanyak 200,000 sijil kewarganegaraan baharu.

Penafian KDN dalam satu kenyataan yang disiar Sinar Harian semalam.
Penafian KDN dalam satu kenyataan yang disiar Sinar Harian semalam.

"Berikutan itu, KDN sendiri semalam mengeluarkan satu kenyataan media menafikan perkara ini berikutan jumlah yang ditularkan tersebut sebenarnya adalah fitnah, satu tohmahan dan tidak munasabah.

"Proses permohonan warganegara Malaysia ini adalah satu proses rumit, memerlukan penelitian dan prosedur ketat," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: KDN nafi dakwaan beri 200,000 kewarganegaraan baharu

Artikel Berkaitan:

Dengan laporan itu, beliau berharap pihak polis akan melakukan siasatan terperinci terhadap pemilik akaun Twitter berkenaan.

"Itu sebabnya laporan ini dibuat untuk meminta polis menyiasat perkara ini sama ada akuan palsu atau pun akuan sebenar dan sekiranya akuan sebenar, saya minta pihak polis menyiasat secara terperinci," katanya.