X

Kindly register in order to view this article
!

Inkues Adib: Bukti koroner berpengalaman

A
A

SHAH ALAM - "Keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah koroner adalah tepat,"

Itu reaksi pakar Patologi United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid berhubung keputusan inkues daripada Mahkamah Koroner semalam mengenai punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Menurut Shahrom, berdasarkan kepada keputusan yang dikeluarkan itu, secara keseluruhannya menggambarkan bahawa Koroner Rofiah Mohamad sememangnya seorang yang sangat berpengalaman.

Justeru katanya, keputusan berkenaan juga pastinya satu berita gembira bagi keluarga Allahyarham yang menantikannya sejak beberapa bulan lalu.

"Saya dah banyak ke luar negara dan bagi saya berpendapat koroner Rofiah ini sangat berpengalaman dan keputusan inkues ini kalau dalam Bahasa Inggeris kita sebut bull's eye (tepat).

"Saya katakan begitu kerana koroner dilihat telah melaksanakan tugas dengan menyeluruh sehingga mempersoalkan kenapa insiden itu tidak disuraikan oleh polis, FRU. Kenapa dibiarkan?

"Kalau dah sampai ke situ, memang koroner sangat berpengalaman," katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kematian Adib disebabkan jenayah sekumpulan individu tidak dikenali

Shahrom berkata demikian bagi mengulas keputusan inkues anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah ketika bertugas dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 pada 27 November 2018 lalu.

Muhammad Adib kemudiannya menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember 2018 setelah dirawat selama 21 hari.

Susulan itu, prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib bermula pada 11 Februari 2019 lalu memanggil 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar berlangsung selama 41 hari termasuk 137 eksibit dikemukakan.

Sementara itu Shahrom berkata, pihaknya bersyukur kepada ALLAH atas keputusan inkues berkenaan.

Malah Shahrom turut merasa gembira untuk semua ahli keluarga Allahyarham Muhammad Adib yang menunggu lama bagi mengetahui keputusan inkues berkenan.

"Saya bersyukur kerana ALLAH dah bagi ketentuan-Nya. Apa yang ALLAH turunkan itulah yang terbaik dan saya juga merasa gembira untuk ahli keluarga arwah," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!