X

Kindly register in order to view this article
!

Persembah petisyen pecat Peguam Negara kepada Agong

Muhammad Zawawi
A
A

SHAH ALAM - Satu petisyen wajar dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas kerana dilihat mengambil kedudukan memihak, subjudis apabila memfailkan afidavit yang mengatakan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim meninggal dunia bukan kerana dipukul.

Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, desakan memecat adalah selari dengan kertas penghakiman yang menyatakan bahawa perlakuan Thomas telah ‘scandalized’ prosiding inkues.

“Tommy Thomas telah merosakkan integriti Jabatan Peguam Negara. Tambahan pula, pendakwaan kes jenayah ini bergantung kepada bidang kuasanya.

“Hal ini akan menampakkan keadilan sukar ditegakkan kerana tindakan yang bersikap memihak sejak prosiding inkues dijalankan.

“Oleh itu, pemecatan ke atasnya atau peletakan jawatan secara bermaruah perlu dilakukan oleh Tommy Thomas dalam kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Cari pembunuh Adib, jangan sia-siakan kematiannya!

Inkues Adib: Peguam ketepi rayuan Tommy

Heret Tommy: Peguam kemukakan dua isu

Dalam kenyataan sama, Dewan Ulamak Pas Pusat turut bersyukur atas keputusan inkues kematian Muhammad Adib yang dibacakan oleh Hakim Koroner Rofiah Mohamad semalam.

“Berdasarkan keputusan inkues, beliau meninggal dunia berpunca daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali.

"Semoga punca kematian yang telah dikenal pasti akan mengheret penjenayah sebenar ke muka pengadilan,” kata Muhammad Zawawi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus