Agong tiba di Istana Balai Besar
KOTA BHARU - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di Istana Balai Besar di sini pada jam 3.15 petang.
Baginda berdua menziarahi jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra dan Sultan Muhammad V serta kerabat Diraja Kelantan.
Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, baginda berdua menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Muhammad V serta seluruh kerabat Diraja Kelantan.
Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II pada jam 8.11 pagi tadi.
Pengumuman kemangkatan baginda dibuat Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darul Naim, Kota Bharu.
Agong beri penghormatan terakhirYang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Menteri Besar Kelantan; Datuk Ahmad Yakob, Ahli Parlimen Jeli; Datuk Seri Mustapa Mohamed, Mufti Kelantan; Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Ketua Polis Kelantan; Datuk Hasanuddin Hassan tiba di Istana Balai Besar untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra yang mangkat pada pukul 8.11 pagi ini, Almarhum Sultan Ismail Petra adalah ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Lapor Wartawan Kota Bharu, Akmalia Razak.
Posted by Sinar Harian on Saturday, September 28, 2019Peningkatan gaji konsisten dapat tingkatkan simpanan KWSP hari tua
27 April 2024 08:40amMalaysia minta siasatan dijalankan berkait isu kemanusiaan di Gaza
27 April 2024 12:31amEwon ketuai delegasi Kuskop ke Jordan
26 April 2024 11:56pmMalaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
26 April 2024 11:50pmAgenda pemantapan tata kelola, integriti jadi asas utama SPRM
26 April 2024 10:46pm'Saya mohon maaf kepada keluarga mangsa, anggota tentera' - Saifuddin Shafik
26 April 2024 01:49pm[VIDEO] Hantaran jelik hina kru TLDM terkorban, Saifuddin Shafik didenda RM23,000
26 April 2024 01:08pmBerpantang maut sebelum ajal
26 April 2024 11:28amPeniaga dibunuh kejam kerana dendam
26 April 2024 04:27pm