Stok bahan api mencukupi

Ramesh (dua,kiri) bersama pegawai penguat kuasa KPDNHEP memeriksa bekalan bahan api di kesemua stesen minyak di daerah ini.
Ramesh (dua,kiri) bersama pegawai penguat kuasa KPDNHEP memeriksa bekalan bahan api di kesemua stesen minyak di daerah ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Selangor memberi jaminan bekalan bahan api di daerah ini mencukupi.

Ketua Penguat kuasa KPDNHEP Kuala Selangor, K Ramesh berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan kesemua stesen minyak di daerah ini sejak 26 Disember lalu.

Menurutnya, pemeriksaan itu bagi memastikan bekalan bahan api petrol dan diesel sentiasa mencukupi untuk jualan harian dan tiada berlaku 'kehabisan stok'.

"Sebanyak 30 stesen minyak di daerah ini diperiksa dalam operasi yang berakhir semalam dan pengusaha diberi surat arahan di bawah Per.4(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

"Surat arahan ini bagi memastikan pemegang lesen adalah bertanggungjawab untuk memastikan bekalan petrol dan bahan api diesel di premis yang dilesenkan sentiasa ada dan cukup untuk jualan harian.

"Mereka juga tidak dibenarkan untuk menutup stesen atau memberhentikan penjualan petrol dan diesel di stesennya," katanya kepada Sinar Harian.

Ramesh menegaskan, mana-mana stesen minyak yang gagal mematuhi surat arahan dibawah Per.4(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 atau apa-apa syarat yang terkandung di dalam lesen boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 21.

"Mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang mana jika disabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM1 juta," katanya.

Artikel Berkaitan: