Didakwa pukul pelatih

Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Sungai Petani selepas pendakwaan dilakukan.
Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Sungai Petani selepas pendakwaan dilakukan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Tiga tenaga pengajar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret 2 Sungai Petani mengakibatkan kecederaan dua pelatih Teratak Tautan Kasih Murabbi, November lalu.

Tertuduh Mohamad Adam M Sukeri, 25, Mohd Azam Abdul Hamid, 33, dan Mohamad Syamim Che Hashim, 29, dituduh bersama-sama pada 26 November 2018 jam lebih kurang 1.30 petang di Kampung Hujung Permatang Batu Lintang dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas pelatih pertama yang berusia 18 tahun.

Disebabkan perbuatan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, penjara sehingga setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Nordiyanasari Omar di hadapan Majistret Arif Mohamad Shariff.

Mahkamah membenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Mengikut pertuduhan kedua, Mohd Azam turut didakwa mengikut seksyen sama mengakibatkan kecederaan ke atas pelatih kedua, Muhamad Hafizul Sharuddin, 22, manakala mengikut pertuduhan ketiga, dia juga didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan pelatih pertama dengan rotan.

Dalam pertuduhan berasingan, Mohamad Syamim turut didakwa mencederakan pelatih pertama menggunakan batang paip getah.

Artikel Berkaitan:

Akibat perbuatan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, penjara boleh sampai 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu boleh dikenakan.

Terdahulu, di Mahkamah Majistret 3 Sungai Petani, Mohd Azam turut didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Muhamad Hafizul dengan rotan.

Manakala, Mohamad Syamim juga didakwa mengikut seksyen sama kerana mencederakan Muhamad Hafizul menggunakan batang paip getah jam 2 petang tarikh yang sama, di Teratak Tautan Kasih Murabbi, Bandar Amanjaya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Geetha Jora Singh di hadapan Majistret Mohamad Fared Abd Latif.

Mohamad Fared berkata, mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dengan RM8,000 seorang dengan seorang penjamin serta bersyarat iaitu perlu melaporkan diri ke balai polis berdekatan setiap bulan sehingga kes selesai dan tidak boleh menggangu saksi pendakwaan terutama mangsa, jika gagal, jaminan boleh ditarik balik.

Tarikh serahan dokumen dan lantikan peguam ditetapkan pada 31 Januari 2019.