Tak dibenarkan ke taska kerana wajah pelik

Sofya Zakharova dilahirkan dengan kecacatan tengkorak dan jari dan jari kakinya sejak lahir. - Foto Agensi
Sofya Zakharova dilahirkan dengan kecacatan tengkorak dan jari dan jari kakinya sejak lahir. - Foto Agensi
A
A
A

BASHKORTOSTAN - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Rusia dilarang ke pusat asuhan kanak-kanak (Taska) kerana kakitangan pusat itu berkata wajah peliknya akan menakutkan penghuni lain.

Malah ibu bapanya juga diminta membawanya menjalani pembedahan sebelum dia dibenarkan ke taska tersebut.

Sofya Zakharova, 2, dilahirkan dengan kecacatan tengkorak dan jari dan jari kakinya sejak lahir.

Bagaimanapun pembedahan ke atas kanak-kanak itu sebenarnya ditangguhkan berulang kali.

Kes itu kemudiannya diambil oleh badan amal Rainbow of Goodness.

Malah pihak berkuasa tempatan juga menyiasat keengganan taska itu untuk menerima Zakharova serta penangguhan pembedahan kanak-kanak itu.

Mereka juga sedang berusaha untuk memberi Zakharova dan ibu bapanya tempat tinggal yang selesa berbanding sekarang.

Telah jelas bahawa hak kanak-kanak dan ibu bapa tersebut dilanggar.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu berhubung kes tersebut, Psikologi Pendidikan, Ekaterina Belan memberitahu, melalui interaksi akan membantu kanak-kanak tersebut.

"Semakin banyak interaksi, semakin mudah untuk dia menerima dirinya," katanya.

Bagaimanapun menurut ibunya, Svetlana Gizatullina sekolah itu masih enggan memberi tempat kepada anaknya. - Agensi